Wednesday, November 6, 2013

Samar by Dayang Noor




Assalamualaikum dan haaai J
Untuk buku ke-2 aku nak review buku yang juga daripada Buku Fixi iaituuu Samar karya Dayang Noor yang juga merupakan penulis buku Jerat dan Hilang, juga daripada Fixi.



Secara ringkasnya buku ni menceritakan tentang satu family yang agak broken lepas satu kejadian yang mana Datin Saedah dengan anak perempuan dia, Athirah kena culik dan lepas daripada kejadian tu, Datin Saedah jadi cacat. Okay, pasal anak-anak Datin Saedah dengan Datuk Sahar ni, diorang ada 4 orang anak. Anak diorang yang first, Jalida dah melarikan diri sebab nak berkahwin dengan Suhairi. Datuk Sahar tak setuju dengan hubungan diorang sebab Suhairi ni bukan orang kaya yang dapat bagi apa-apa manfaat pun kat dia. So, Jalida terpaksa larikan diri sebab dia nak kahwin jugak dengan Suhairi ni. Anak perempuan diorang yang nombor dua pulak, Athirah, selalu jadi mangsa Datuk Sahar untuk jadi kaya. Athirah kena paksa kahwin dengan Syed Ammar untuk kebaikan bisnes Datuk Sahar walaupun perkahwinan pertama Athirah dengan Mazhar juga yang dirancang oleh Datuk Sahar tak berjaya. Disebabkan kesibukan Syed Ammar, Juan sebagai pembantu Syed Ammar ditugaskan untuk menemani Athirah untuk membuat persiapan perkahwinan. Disebabkan itu juga, Athirah dan Juan mula jatuh hati antara satu sama lain. Anak-anak lelaki Datin Saedah & Datuk Sahar, Kamarul Hisyam dgn Amin pulak merancang untuk bunuh ayah diorang sendiri sebab diorang tak dapat menjawat jawatan pengarah dalam syarikat Datuk Sahar sebab Datuk Sahar nak bagi jawatan tu kat Syed Ammar.


Cerita ni bagi aku cerita yang terbaik kalau nak dibandingkan dengan Jerat & Hilang. Walaupun cerita ni nampak macam biasa je tapi rahsia yang ada dalam family Datuk Sahar ni memang unexpected jugak. Contohnya, kenapa Jalida tak pernah jumpa family dia balik lepas dah kahwin, kenapa Juan dengan Athirah tak boleh kahwin, kenapa Datuk Sahar benci sangat dekat Datin Saedah dan kenapa dia tak nak bagi anak anak lelaki dia yang jadi pengarah kat syarikat tu semua memang tak disangka langsung. Overall, aku suka buku ni, tak membosankan dengan jalan cerita dia yang menarik. 3.2 daripada 5.




No comments:

the assassins