Wednesday, November 6, 2013

Katarsis by Anastasia Aemilia

Assalamualaikum :)

Buku yang aku pilih untuk review hari ni adalah Buku Fixi's Katarsis.


Gaaaahh creepy gila cover dia. Okay, kita start dengan sinopsis sikit. Basically buku ni cerita pasal seorang perempuan di Indonesia, Tara yang dijumpai dalam kotak perkakas kayu  lepas dia bergaduh dengan parents dia. Lepas dari kejadian tu, Tara ni dijaga oleh psikiatris dia, Dr. Alfons. Semasa dalam jagaan doktor dia ni, Tara jumpa balik dengan seorang budak laki yang dia pernah jumpa waktu dia kecil, Ello. Ello ni ajar Tara yang kalau dia rasa sakit, genggam duit syiling 5 rupiah untuk hilang rasa sakit tu. Lepas daripada perjumpaan diorang tu, Tara start obses dengan syiling 5 rupiah tu sampaikan dia kena genggam syiling tu tiap masa. Pada masa yang sama, banyak kes kematian yang melibatkan kotak perkakas kayu ni dengan syiling 5 rupiah. 

Bagi aku cerita ni lebih kurang dengan cerita penyiasatan Suami & Isteri cuma dalam cerita ni tak lah fokus kan sangat dekat penyiasatan kes-kes kematian tu. Idea cara pembunuhan dia ni lain sikit sebab dia tak bunuh mangsa dia dulu. Dia masukkan mangsa tu dalam kotak and biarkan mangsa dia tu mati sebab kekurangan oksigen. Kejam gila.  Aku sebenarnya tak lah suka sangat baca cerita pasal penyiasatan ni. Tapi cerita ni tak lah membosankan. So, aku bagi 2.8 daripada 5.






No comments:

the assassins