Sunday, November 18, 2012

stereo genmai


Assalamualaikum :)

Stereo Genmai ni adalah latest buku yang aku baca. Penulis buku ni, Ridhwan Saidi merupakan penulis favorit akak aku. Almost semua cerita dia,eh tak, memang semua cerita dia akak aku suka. For me, Ridhwan Saidi ni selalu provide cerita yang aku rasa tak semua orang boleh fikir. Pendek kata,daya imaginasi and kreativiti dia memang tinggi melangit.


Untuk cerita Stereo Genmai ni aku admit cerita dia memang,if I may, mindfuck jugak lah. Macam mana seorang lelaki yang tak tahu nama dia keluar dengan seorang perempuan bernama D menonton wayang di Pavi. Macam macam kejadian berbeza yang jadi waktu diorang nak tengok movie tu. Sampai lah laki ni masuk dalam kontinuum idea mimpi where he met Delia and tahu yang nama dia adalah Raslan and D tu adalah karakter dalam novel yang belum dia siapkan. So, dia kena back to the real world untuk siapkan novel dia tu.

Bagi aku cerita ni buat aku rasa kena berhenti kejap untuk ambik nafas and hadam balik apa yang aku baca. Sebab surreal sangat cerita Ridhwan yang satu ni. Aku memang rekemen orang untuk baca buku ni sebab best and tak mcm buku biasa yang jalan cerita yang klise. Oh lagi satu, buku ni buat aku terasa nak makan sushi walaupun aku adalah orang yang memang tak makan benda yang tak masak. Anyhoos, 3.5 out of 5 :)


No comments:

the assassins